1. Rujukan Penilaian Bank Sebenar
Bandingkan saiz lot, kedudukan unit (intermediate, end-lot atau corner) dan ubah suai rumah anda dengan rujukan pasaran di Desa Anggerik, Desa Kolej dan Bandar Baru Nilai supaya selari dengan penilaian bank.
Ramai pemilik tersangkut berbulan-bulan kerana letak harga ikut iklan jiran tanpa semak penilaian bank semasa. Ketahui kedudukan sebenar rumah anda di pasaran Desa Anggerik, kira baki tunai bersih di tangan, dan tapis pembeli berkelayakan sebelum buka pintu untuk viewing.
Semakan awal percuma · Tiada kewajipan melantik ejen · Anggaran bukan penilaian rasmi
Harga iklan di portal bukan penentu rumah terjual. Pembeli hari ini bergantung pada kelulusan pinjaman bank—jika harga terlalu tinggi dari penilaian, pinjaman pembeli boleh ditolak.
Bandingkan saiz lot, kedudukan unit (intermediate, end-lot atau corner) dan ubah suai rumah anda dengan rujukan pasaran di Desa Anggerik, Desa Kolej dan Bandar Baru Nilai supaya selari dengan penilaian bank.
Jangan hanya tengok harga jual. Kira siap-siap baki tunai di tangan selepas menolak baki penyelesaian pinjaman bank semasa, fi agensi (3.24% termasuk SST) dan anggaran kos guaman.
Elak buang masa kemas rumah untuk sesi viewing yang tidak layak pinjaman. Kami tapis DSR pembeli dahulu, atau semak profil kerja/pengajian penyewa (USIM / INTI / KLIA) sebelum diaturkan lawatan.
Desa Anggerik merupakan kawasan perumahan matang di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang terletak berdekatan dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), INTI International University, Nilai Medical Centre serta pusat beli-belah AEON Mall Nilai, MesaMall dan Lotus's. Dengan akses pantas ke Lebuhraya PLUS (Exit Nilai), LEKAS, ELITE dan Stesen Komuter KTM Nilai, rumah teres di Desa Anggerik menjadi sasaran pembeli keluarga yang bekerja di sekitar Nilai, KLIA, Sepang, Putrajaya dan Seremban, selain permintaan sewaan stabil daripada kakitangan akademik dan pelajar.
| Aspek Urusan | Iklan Tanpa Semakan Awal | Pendekatan Rizal Rahman (REN 44174) |
|---|---|---|
| Penetapan Harga | Teka harga ikut iklan jiran tanpa kira saiz lot & penilaian bank. | ✓ Semak rujukan penilaian bank & kira baki tunai bersih owner dahulu. |
| Saringan Viewing | Buka pintu kepada sesiapa sahaja tanpa tahu kelayakan pinjaman. | ✓ Saring kelayakan DSR pembeli / profil kerja penyewa sebelum lawatan. |
| Dokumentasi & Peguam | Urus sendiri surat tawaran, bank & penyelarasan tarikh serah kunci. | ✓ Koordinasi tersusun dengan peguam, bank & perjanjian sewaan rasmi. |
Rujuk nilai pasaran semasa di Desa Anggerik & kira anggaran baki bersih anda.
Susun maklumat hartanah, ambil gambar kemas & pasarkan ke portal hartanah utama.
Semak kelayakan pinjaman (DSR) pembeli atau profil kerja penyewa sebelum viewing.
Urus surat tawaran, dokumentasi guaman SPA atau perjanjian sewaan sehingga serah kunci.
Keputusan menjual atau menyewakan rumah adalah langkah kewangan besar. Anda berhak mendapat penerangan yang jujur tentang kedudukan pasaran semasa di Desa Anggerik tanpa sebarang paksaan untuk terus menandatangani apa-apa lantikan.
Nak lihat senarai hartanah terkini untuk dijual dan disewa? Boleh terus lihat di www.rizalrahman.com
Lihat Listing ↗
Perunding hartanah berdaftar di bawah CID Realtors Sdn Bhd. Fokus Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai dan kawasan sekitar.
Ya, perbincangan dan semakan awal anggaran pasaran adalah percuma tanpa kewajipan melantik ejen. Jika memerlukan laporan penilaian rasmi bertulis oleh penilai berdaftar, ia mungkin melibatkan caj mengikut skala penilai.
Penilaian bank dan minat pembeli dipengaruhi oleh jenis rumah (teres 1 atau 2 tingkat), keluasan tanah dan binaan, kedudukan unit (intermediate, end-lot atau corner), ubah suai (renovation) yang mempunyai kelulusan pelan, serta status pegangan hartanah.
Boleh bincang dahulu tanpa sebarang kewajipan melantik ejen. Kita boleh bandingkan anggaran tunai bersih jika jual berbanding potensi aliran sewaan bulanan sebelum anda membuat keputusan.
Untuk sewaan, cukup nyatakan jalan/lorong di Desa Anggerik, jenis unit, keadaan perabot dan kadar sewa sasaran. Untuk jualan, tambahkan keluasan lot, status pegangan (Freehold/Leasehold), butiran ubah suai dan anggaran baki pinjaman bank semasa.
Kawasan tumpuan utama di Nilai & Sekitarnya